Sumbangan Buka Puasa Dan Ihya Ramadhan


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Adakah anda mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang berlumba-lumba melakukan kebaikan ini?

“Barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Al-Zalzalah: 7)


Jom Raikan Anak-Anak Yatim & Asnaf di Kampung Kita!


Tahun lepas, dengan izin Allah dan keprihatinan anda semua, masjid kita berjaya mengadakan program pembelian baju raya untuk anak-anak yatim dan asnaf di kampung ini. Syukur, ramai yang tersenyum gembira menyambut Syawal dengan pakaian baharu.


Tahun ini, kita ingin meneruskan program ini lagi!


Seorang ibu yang menerima sumbangan tahun lepas meluahkan rasa syukurnya:


“Tahun lepas pertama kali saya terima sumbangan dari masjid. Bila anak saya dapat baju raya, dia gembira sangat. Terima kasih kepada semua penyumbang. Saya doakan Allah murahkan rezeki kalian.”


Bayangkan betapa besarnya kegembiraan yang boleh kita berikan kepada mereka. Dengan hanya RM300, anda dapat membantu seorang anak yatim atau asnaf mendapatkan baju raya baharu, kasut, dan keperluan lain agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.


Kelebihan Bersedekah Kepada Anak Yatim & Asnaf:

✅ Mendapat keberkatan dalam rezeki dan kehidupan

✅ Dijanjikan tempat bersama Rasulullah ﷺ di syurga

✅ Menyemai kasih sayang dan keprihatinan dalam komuniti 


Semoga setiap rezeki yang anda infaqkan menjadi cahaya di akhirat kelak. Aamiin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Buka Puasa RM300
HABIS STOK
Tabung Ihya Ramadhan
Sumbangan untuk Anak Yatim dan Asnaf
Tajaan Moreh RM280
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Tanya di sini!